Saturday, January 15, 2011

kure-kure dan aku dan kawan aku

Hari tu aku lepak dengan kawan aku dekat mcd. Tengah syok makan, tetibe kawan aku cam cakap ' wei kau rase kan kure-kure bertelur ke beranak ? ' So aku jawab ah ' seconfirmnye kure-kure tu bertelur la ' Kawan aku tak puas hati dengan jawapan yang aku bagi tu so lepas kitorang makan kat mcd tu, kitorang gi petshop yang berdekatan. Mase kat petshop tu, kitorang nampak baby kure-kure, then kawan aku gi angkat kure-kure tu and terbalik-balikkan. Aku cakap la ' asal kau buat camtu. sian la kat baby tu ' Kawan aku jawab,' nak tengok lubang telur nak keluar ' Dalam hati aku cam ' agak-agak la woi. baby lagi tu =.='


Ade sorang pekerje kat situ cam tanye la kitorang nak ape. So dengan tak tau malunye kawan aku gi cakap ' kak, kure-kure ni bertelur ke beranak? kalau bertelur, telur keluar dari mana? Lubang dia tak nampak pun ' Kakak indon tu punye la bantai gelak. Serious aku malu gile time tu. Kakak tu cakap ' adik, kure-kure ni bertelur. Lubangnya memang ngak nampak. Sebabnya yang adik pegang itu jantan. Dan kalau yang betine pun, baby seperti ini engak nampak juga 'Pastu dia sambung gelak. Aku dah terdiam cover cool time tu. Kawan aku letak kure-kure tu pastu cakap thanks ye kak then terus dia gerak pi kerete. Dalam kerete aku cam tanye dia ' so puas hati kau? ' Kawan aku jawab ' aku malu gile la sial. jatuh reputation aku jap ' . Tau pun kau nak malu kan kawan =.='

Maaf

Maaf sebab dah berzaman tak update. Lupe password dengan email la. Haha. Tapi tetibe boleh teringat pulak. So akan aku continue stori mori dalam ni.

Wednesday, August 25, 2010

Nak number telefon boleh?

Tadi aku dengan kawan aku gi kedai nak beli barang. Mase kat stesen bas ade sorang mamat nie, bagi aku memang dia poyo habis tapi bagi kawan aku dia hensem sesangat. Punyela macam-macam care kawan aku sorang tu buat nak dapatkan attention mamat tu. Dia buat-buat terjatuh la, barang terjatuh la macam-macam. Dah macam cacing kehottan dah aku tengok. ( cacing kepanasan ) .

Mamat tu wat derk je kat kawan aku ni. Dia buat-buat tak nampak ataupun dia memang bute. Aku pun tak sure. Dah bape minit camtu kawan aku ni cube tackle mamat tu, bayang bas sudah pun kelihatan. Bas dah nak sampai. Lagi la kawan aku sorang ni tak tentu arah. Last-last dia buat keputusan untuk mintak num hp mamat tu. Dia cakap kat aku " rezeki jangan ditolak, mane tau ni jodoh aku. " So dengan beraninye dia melangkah pergi kearah mamat tu dah cakap " em hye you. Dari tadi i perhatikan u. Nak be friends boleh " Mamat tu maintain diam. tak menjawab pape pun. Tapi dia mengangguk. Kawan aku cakap lagi " nak fon number you boleh "

Then mamat tu pun bersuare. " ngapain kamu mahu num fon gue. Gue enggak suka cewek seperti lo. Dasar cewek gatel " Aku pun ketawe gile-gile punye! Rupe hensem sume, skali speking endon. Hahahaha. Lawak lawak. Muke kawan aku tadi yang bersinar-sinar seperti ade spotlight betul-betul depan muke dia tadi bertukar menjadi hitam legam selegam legamnye. Mamat tu pun blah naik bas yang baru sampai. Aku dengan kawan aku tak jadi nak naik bas tu. Kawan aku cakap " malu aku siot! indon rupenye! dahla sempat dia kutuk aku! hahahha ". Kitorang pun ketawe bersame same sementare tunggu bas lain sampai. Nilah realiti kehidupan hidup di malaysia. Ade pelbagai kaum. Sume pun muke dah seakan. Hahahaha.

Mak saye kate, suare saye macam katak kene pijak

Hari tu aku testing suare kat living room rumah. Lagu justin bibir (bieber) tengah rancak berkumandang. Aku pun ape lagi. Nyanyi la dengan penuh semangatnye. " Baby baby baby ouhh, Baby baby babi ouhh " 

Tibe-tibe ade satu suare yang sangat menusuk ke dalam lubang telinge ku. Habis gugur semua bulu telinga aku yang ade. Suare tu cakap " Tak reti nak diam ke hah! Mak nak masak terus tak dapat concentrate sebabkan suare kau tu! dah la suare macam katak kene pijak! "

Terus aku diam bile kene pekik macam tu. Dalam hati aku pun berkate " terok sangat ke suare aku ni sampai mak aku cakap macam katak kene pijak " Jadi untuk membuktikan kebenaran mak aku cakap tu, aku pun amik henset dan record suare aku nyanyi. " Baby baby baby ouuhhh, Baby baby babi ouhh ". Lepas dah record, aku pun tekan la play. Dengan harapan mak aku tipu aku. Bile tekan je play dan suare aku berkumandang, halamakkk betul ah doh ape mak aku cakap. Macam katak kene pijak. Tak sedap bebeno. Suare halimah jongang blakang umah aku lagi sedap. Inilah realiti kehidupan aku yang aku terpakse terime jugak. Suare aku nieh, tak sedap dan tak sesuai untuk nyanyi. Bak kate mak aku, macam katak kene pijak.

cerita sedih

Hari tu aku ikut kawan aku naik kerete. Kitorang gi pusing-pusing kat area rumah. Lepas dah pusing-pusing kat area rumah tu, terase bosan la pulak. So kitorang gi lah jalan jauh sikit. Which is dekat area kedai belakang rumah. Haha. Kitorang pusing-pusing kat situ sekali tetibe ade satu kerete gen2 warne hitam bawak laju gile gile gile macam tu jalan datok nenek moyang dia punye. Kebetulan la pulak time gen2 tu tengah pecut, ade sekor kucing ni lintas jalan. Dengan sekelip mate jek ' KEBABOM ' kerete tu langgar kucing tuh :(

Sedih siot! Depan mate aku dengan kawan aku tuh kucing tu kene langga. Boleh nampak badan kucing tu cam menggeletar menahan kesakitan. Serte merte air mate aku jatuh berderai. Kerete gen2 tu tadi boleh blah je. Dia langsung tak berhenti! Marah ni! Dia blah je and tinggal kucing tu kat situ berlumuran darah. Aku cakap kat kawan aku " jom ah tanam mayat kucing tuh. Takkan nak biar je kot " Dengan spontannye kawan aku jawab " tak nak aku. aku takut kene badi kucing tu " Dan ondespot jugak aku ketok kepale dia. Takleh harap nye kawan.

Aku gagahkan diri aku untuk pegi jugak kat kucing tu. Kesian dia. Penyek la badan kucing tu. Bulu dia yang warne putih tu, dah jadi warne merah. Mate dia kuyu je. Macam menangis mintak tolong. Time tu air mate yang kelua dari mate aku dah macam air yang kelua dari paip dah.

Tibe-tibe aku dengar orang menjerit " Woi budak! Bangun ah dowh! Dah nak maghrib ni. Tak baik tido "
Oh alkisah nye itu semua mimpi. Fiuhh lege.. Kirenye takde nyawe yang terkorban :)

Tuesday, August 24, 2010

Cinta pertame ( tak kesampaian )

Aku ni seorang yang memang tak suke lelaki. Bukan maknyenye aku lesbien ke ape. Tapi cam bagi aku, semua lelaki poyo. Dan semua lelaki hanya tahu nak rosakkan,hancurkan dan amik kesempatan keatas seorang perempuan. Ni lah pendirian aku sejak bertahun lamenye.

Pade suatu hari tu, ade seorang budak lelaki baru masuk sekolah. Alahai.. muke bajet habis ah. Muke dia memang stock playboy. Tapi kawan-kawan aku cakap, dia baik. Dia hensem. Dia comel. But not for me. Ish takde maknenye bagi aku yang dia comel la, hensem la ape la. Pendirian aku tetap teguh. ( buat mase itu la )

Dari seorang yang aku tak kenal dan hanye usha dari jauh. Kitorang jadi kawan. Ni cikgu sejarah punye pasal la ni. Dah aku terikat dengan mamat tu. Kitorang kene wat sejarah punye projek same same. Aduyaii.. Tak suke la babe! Rimas aku nak together-gether dengan mamat tu. Tapi dah terpakse. So aku pun go with the flow.

Lepas dah habis wat sejarah punye bende tu, aku dengan dia tetap terus jadi kawan. Kacau each other, rehat same same, wat hw same same dan study together. Makin lame makin rapat. Dan alamaakkkk kenape tah tetibe hati ni dah terpaut pulak dah kat dia.. Pendirian aku yang dulu teguh setaguh teguh konkrit tu, dah cair la pulak. Ni sume aku salahkan cikgu sejarah. Pasal dia la ni aku jadi rapat dengan mamat tu. ( cari alasan untuk tak terime hakikat yang aku memang dah suke dia )

Aku tak cite kat sape-sape pun bende ni. Sebab kononnye nak jage reputation la kan. Konon aku takkan ade feelings kat lelaki time tengah bersekolah lagi. Tapi lame-lame bende jadi kecoh jugak. Halamak! Malu gile la. Kawan-kawan ejek. Dorang cakap " tak sangke hati kau yang sekeras batu belah batu bertangkup tu dah jadi batu plastesin ". Ade pulak ke batu plastesin? Haha. Abaikan. Kite sambung stori. Bile bende dah kecoh, aku pun dah termalu. Serte merte tak nak buang mase dah. Konon nak pegi confess kat mamat tu la.

Dengan berbekalkan semangat yang penuh di dalam hati ( poyo la pulak ayat  ) , aku pun nak confess kat dia time tengah chat kat fb. Tapi, malu la pulak. Yelah kan, takkan pompuan nak confess dulu. Err camane ni? Dah lame aku kumpul semangat, aku pun mulekan menghantar ayat yang tak penah aku terfikir yang aku akan anta. Aku anta kat dia ' em. i actually ade bende nak bagitau u. i dah tak nak simpan bende ni lame-lame. so i decide nak cerite je terus kat u. i suke u." Then setelah beberape minit menunggu jawapan, dia pun reply. Dia cakap " kenape suke? macam mane boleh suke? " Hish mamat ni. Ade ke dia tanye aku soalan camtu. Manelah aku tau nak jawab pe. Dah tersuke nak wat camanenye. So aku pun jawab " err dah suke. i pun tak tau kenape. Mungkin sebab u baik and caring. " Then dia jawab " bukanke u tak caye lelaki? " Terdiam aku dia cakap camtu. Malu, segan sume pun ade.

Then aku cakap kat dia " er yea memang. tapi u dah ubah semua tu ". Then dengan selambenye dia jawab " oh yeke. tapi i takde wat pape pun. Hm and lagipun babe ( dia panggil aku babe? tak penah penah ) i dah ade bf la ". Aku cam reply " huh ape dia? bf? ke u salah taip? " Then dia reply " yea bf. Im gay la. " Bile dia dah anta camtu, terus aku offline. Hancur luluh gak ah hati ni bile orang pertame yang aku suke tu gay la pulak. Apelah nasib.

Lepas kejadian di fb tu, memang tak aku nak rapat dengan dia dah. Dia dengan life dia, aku dengan life aku. Dan lepas kejadian tu jugak, pendirian aku yang dulu tu datang balik. Kali ni, lebih teguh daripada biasa. Haha. Bende yang dah jadi tu, memang pengajaran untuk aku. Untuk lebih berhati-hati pade mase akan datang.  Sebab ni semua adelah realiti kehidupan. Kalau dari luar nampak indah, dalam dia tak semestinya indah juga. Kawan-kawan kat sekolah tak habis-habis ejek, dorang cakap " ape dah jadi dengan cinta gay pertame kau ". Haha. Walaupun dah 2 tahun bende tu jadi, sampai sekarang aku kene ejek macam tu. Bile teringat balik, lawak la pulak :D

Sunday, August 22, 2010

This is life

In life, there are problems that you cant fix. Problems like that will remain and there will be no solution. Some hearts are like that as well. Once it gets broken, it will remain broken without any solution. People will decide to run away. Run away from their problems and their broken hearts. They will run as far as they can to try and set themselves free. But they have forgotten that no one can ever run away from their problems. And no one can run away from feeling broken. This is life. Everyone will face this kind of situation. This kind of pain for not being able to be free. Things like this happen and what we should do is stay strong. Have faith and stay strong. Don't run away because no matter how far you manage to run away, all the problems and all the pain you felt before will come after you. All that will just dd up to the pain that you are already feeling. We must face the problems that we have even though there is no solution for it. We must stay strong. This is life. We can plan all we want but we cant decide what is going to happen next. We can hope for the best, hope for a change in things but we must prepare ourselves in case what we hope for drift away and leaves us with nothing. Be prepared because this is life. Not all our hopes come true. Some hopes are just fake. A fake that we decide to hope for just to hide the pain away.