Wednesday, August 25, 2010

Nak number telefon boleh?

Tadi aku dengan kawan aku gi kedai nak beli barang. Mase kat stesen bas ade sorang mamat nie, bagi aku memang dia poyo habis tapi bagi kawan aku dia hensem sesangat. Punyela macam-macam care kawan aku sorang tu buat nak dapatkan attention mamat tu. Dia buat-buat terjatuh la, barang terjatuh la macam-macam. Dah macam cacing kehottan dah aku tengok. ( cacing kepanasan ) .

Mamat tu wat derk je kat kawan aku ni. Dia buat-buat tak nampak ataupun dia memang bute. Aku pun tak sure. Dah bape minit camtu kawan aku ni cube tackle mamat tu, bayang bas sudah pun kelihatan. Bas dah nak sampai. Lagi la kawan aku sorang ni tak tentu arah. Last-last dia buat keputusan untuk mintak num hp mamat tu. Dia cakap kat aku " rezeki jangan ditolak, mane tau ni jodoh aku. " So dengan beraninye dia melangkah pergi kearah mamat tu dah cakap " em hye you. Dari tadi i perhatikan u. Nak be friends boleh " Mamat tu maintain diam. tak menjawab pape pun. Tapi dia mengangguk. Kawan aku cakap lagi " nak fon number you boleh "

Then mamat tu pun bersuare. " ngapain kamu mahu num fon gue. Gue enggak suka cewek seperti lo. Dasar cewek gatel " Aku pun ketawe gile-gile punye! Rupe hensem sume, skali speking endon. Hahahaha. Lawak lawak. Muke kawan aku tadi yang bersinar-sinar seperti ade spotlight betul-betul depan muke dia tadi bertukar menjadi hitam legam selegam legamnye. Mamat tu pun blah naik bas yang baru sampai. Aku dengan kawan aku tak jadi nak naik bas tu. Kawan aku cakap " malu aku siot! indon rupenye! dahla sempat dia kutuk aku! hahahha ". Kitorang pun ketawe bersame same sementare tunggu bas lain sampai. Nilah realiti kehidupan hidup di malaysia. Ade pelbagai kaum. Sume pun muke dah seakan. Hahahaha.

No comments:

Post a Comment